Aku Sempoi


Negeri Sembilan juara Piala Malaysia 2009





Negeri Sembilan berjaya menjulang Piala Malaysia, piala paling berprestij dalam saingan Liga Malaysia, setelah menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu malam.

Kemenangan ini membolehkan Negeri Sembilan menamatkan penantian selama 61 tahun setelah kali terakhir mendakapnya pada 1948 ketika piala itu dikenali sebagai Piala H.M.S. Malaya.

Status 'underdog' nyata tidak menjejas corak permainan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu apabila membuka jaringan seawal minit ke-18.

Pemainnya, Shahurain Abu Samah berjaya melepaskan rembatan kencang di dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Mohd Halim Napi setelah kesilapan dilakukan pemain pertahanan lawan, Mohd Zamri Ramli sekaligus menceriakan kira-kira 15,000 penyokong Negeri Sembilan.

Tersentak dengan gol itu, Kelantan yang ditemani sekurang-kurangya 70,000 penyokongnya terus memperkemaskan permainan yang berlangsung dalam hujan renyai dengan melancarkan beberapa serangan namun gagal memecahkan benteng lawan yang diketuai oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Syukor Adan.

Negeri Sembilan turut berpeluang untuk menambah jaringan dengan pemain pinjamannya dari T-Team, Hairuddin Omar mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang namun dikecewakan Mohd Halim untuk kedudukan kekal 1-0 separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, 'The Red Warriors' yang terdesak untuk mencari gol penyamaan mengeluarkan dua penyerangnya, Norhisham Hassan dan Mohd Nizad Ayub dengan memasukkan dua penyerang berpengalaman iaitu Che Hishammuddin Hassan dan Mohd Khalid Jamlus.

Namun Negeri Sembilan semakin garang apabila Hairuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-46 setelah bijak meloloskan diri daripada pertahanan Kelantan hasil hantaran Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Pada minit ke-58, Negeri Sembilan mengesahkan kemenangan apabila penyerang kebangsaan Mohd Zaquan menyempurnakan sepakan penalti setelah Shahurain dijatuhkan Mohd Zamri dalam kotak penalti.

Gol itu menyebabkan sebahagian besar penyokong Kelantan bertindak meninggalkan stadium dan sesetengahnya membakar bendera, kain rentang, kerusi dan mercun.

Penyerang berbisa The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin akhirnya menjaringkan gol untuk Kelantan pada minit ke-93 (masa tambahan) setelah menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti sekaligus merupakan penjaring terbanyak Piala Malaysia dengan 11 gol.

Kekalahan ini menambah lagi duka Kelantan musim ini setelah tewas kepada Selangor pada perlawanan akhir Piala FA, April lepas malah pasukan pantai timur itu tidak pernah menjulang Piala Malaysia sejak ia diperkenalkan 88 tahun lepas.

Berangkat menyaksikan perlawanan itu adalah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir; Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra; dan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Wan Jamak berkata gol awal memang diperlukan mana-mana pasukan jika beraksi di perlawanan akhir dan Shahurain berjaya merealisasikannya.

"Gol itu dapat menentukan hala tuju permainan pasukan dan serta merta dapat mengubah corak permainan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata pemain-pemain Negeri Sembilan telah membuktikan mereka mempunyai jati diri dan kekuatan mental yang tinggi walaupun berdepan dengan ribuan penyokong lawan.

"Saya memang berkeyakinan untuk menang jika berdasarkan perlawanan-perlawanan yang dilalui sepanjang saingan Piala Malaysia namun tidak mahu terlalu yakin," katanya yang turut berbangga dengan rekod Negeri Sembilan merupakan satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah pada Piala Malaysia.

Sementara jurulatih Kelantan, B.Sathinathan berkata gol kedua lawan telah menyebabkan pemain-pemainnya lemah semangat untuk kembali melawan.

"Saya juga menghadapi kesukaran untuk menukarkan Mohd Zamri di bahagian pertahanan walaupun beliau telah melakukan beberapa kesilapan kerana terikat kepada peraturan.

"Mohd Zamri merupakan pemain bawah 19 tahun di mana Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mensyaratkan perlu ada seorang pemain bawah umur itu sepanjang permainan, masalahnya seorang lagi pemain Kelantan merupakan penyerang," katanya.

Sumber : BERNAMA


p/s - Hoben jang hoben !!!


[ Baca selanjutnya..... ]

Konspirasi Tengkorak Hitler





Dalam banyak-banyak buku biografi yang ditulis mengenai Adolf Hitler, ada tercatat yang mengatakan dia membunuh diri dengan Eva Braun. Hitler memakan pil sianida dan kemudian menembak kepalanya sendiri pada 30 April 1945 ketika pasukan Rusia mula mengebom Berlin.

Namun, beberapa sejarawan telah menyatakan keraguan bahwa Hitler menembak dirinya sendiri. Mereka berpendapat bahwa kisah kematian Hitler telah saja dibuat cerita sedemikian untuk menggambarkan kisah bunuh dirinya dalam keadaan yang sangat berani.

Namun pecahan tengkorak dengan sebuah lubang peluru yang selama ini dianggap milik Hitler yang diambil dari sebuah bunker oleh pasukan Rusia dan dipamerkan di Moskow hingga tahun 2000 akan mengakhiri perdebatan ini untuk selamanya.

Para saintis yang meneliti fragmen tengkorak tersebut menemukan bahwa tengkorak tersebut ternyata milik seorang wanita berusia antara 20-40 tahun yang identiti masih tidak dijumpai. Analisis DNA terhadap tulang tersebut yang ketika ini disimpan oleh Badan Airship Rusia di Moskow telah dilakukan di makmal genetik Universiti Connecticut. Hasilnya telah disiarkan oleh History Channel. Hitler kemungkinan berjaya melarikan diri. Para saintis dan sejarawan terkejut dengan perkembangan terbaru ini.

Arkeologi dan pakar tulang universiti Connecticut, Nick Bellantoni, mengatakan bahwa tulang tersebut terlalu tipis. Tulang milik lelaki cenderung lebih tebal dan padat. Lagipun, tengkorak tersebut menunjukkan ciri-ciri seseorang yang berusia 40 tahun kebawah. Pada tahun 1945, hitler berusia 56 tahun.

Bellantoni telah terbang menuju Moskow untuk memeriksa pecahan-pecahan tengkorak tersebut termasuk kesan darah yang ditemukan di sofa didalam bunker dimana Hitler dan Eva Braun dipercaya bunuh diri. Bellantoni mengambil sampel DNA dari kesan darah tersebut.

Sampel itu kemudian dibawa kembali ke Universiti Connecticut dan segera diperiksa di makmal genetik terapan. Linda Strausbaugh menutup makmal nya selama tiga hari hanya untuk concentrate memeriksa sampel tersebut. "Kami menggunakan prosedur rutin yang biasa dilakukan di makmal jenayah." Kata Linda. Linda berhasil mengekstrak DNA tersebut untuk dianalisa. Dan hasilnya, tengkorak tersebut bukan milik Hitler.

Menurut saksi-saksi yang menyaksikan pemindahan mayat Hitler, mayat Hitler dan Braun ditutup dengan selimut dan dibawa ke sebuah kebun diluar bunker Berlin oleh pasukan Soviet. Lalu di diletakkan di dalam kotak bomb dan ditanam lalu disiram minyak tanah dan dibakar. Namun menurut para pakar teori konspirasi, Hitler tidak mati di tempat itu.

Selama puluhan tahun, nasib mayat Hitler diselubungi oleh misteri. Tidak pernah ada foto atau film yang dipublikasi. Pada saat pasukan Soviet berjaya menguasai Berlin Mei 1945, para pakar Forensik Rusia dibawah komando unit kepakaran menggali mayat yang dianggap Hitler, lalu melakukan pemeriksaan post mortem secara tertutup. Menurut mereka, rahang bawah tengkorak tersebut sama dengan catatan gigi Hitler. Sebagian tengkorak hilang, namun dianggap wajar kerana dia menembak pistol ke kepalanya. Autopsi itu juga mengungkap bahwa Hitler hanya memiliki satu testikel seperti jangkaan orang ramai.

Namun Stalin tetap menaruh kecurigaan. Pada 1946, misi rahsia kedua dikirim ke Berlin. Dari kubur tempat mayat Hitler ditemukan, kumpulan tersebut menemukan pecahan tengkorak yang hilang dengan lubang tembakan. Pasukan Soviet juga mengambil pecahan kesan darah di sofa bunker.

Namun hal ini masih tidak memuaskan Stalin. Dia tetap menganggap ini masih lagi rahsia dalam segala hal yang berhubungan dengan kematian Hitler. Mungkin banyak yang belum tahu, namun mayat Hitler sesungguhnya dikubur di Magdeburg, Jerman Timur hingga pada tahun 1970 ketika KGB menggali kubur itu dan membakarnya serta menyebarkan abunya ke sungai. Hanya pecahan tulang rahang dan kesan darah di sofa itulah yang disimpan oleh KGB.

Sekarang pecahan rahang itulah yang menimbulkan kontroversi. mungkinkah tengkorak itu milik Eva Braun yang meninggal pada usia 33 tahun ? Namun tidak pernah ada laporan bahwa Eva Braun menembak dirinya sendiri.

Setelah 64 tahun, misteri kematian Hitler masih dianggap misteri..


[ Baca selanjutnya..... ]